BERITA KITAR SEMULA
SEKINCHAN - Memberi nilai tambah terhadap usaha memartabatkan industri pelancongan di Sekinchan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan,Ng Suee Lim mahu masyarakat peka terhadap langkah kerajaan Negeri melalui program kitar semula.
Menurut beliau,hari sabtu tanpa beg plastik yang dilancarkan bukan sahaja dapat mendidik masyarakat mengenai penggunaan bahan berkenaan yang tidak boleh dikitar semula malah sedikit sebanyak dapat membendung masalah sampah.
"Apa yang kita lakukan kini bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi lebih kepada mendidik dan saya juga berharap penduduk di Sekinchan dapat mempraktikkan amalan ini".
"Sekurang-kurangnya ia dapat membantu pemuliharaan alam sekitar di kawasan ini serta menggalakkan pertumbuhan dan pelancongan".Katanya ketika ditemui di kempen Layarakyat di Pasar Pagi Taman Sekinchan Jaya di sini.
Dalam program berkenaan,Suee Lim bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sekinchan memberi penjelasan ringkas mengenai kempen kitar semula serta mengedarkan 200 beg kitar semula diedarkan kepada pengunjung pasar.
Beliau bekata,seperti di kawasan lain,masalh smapah msnjadi salah satu isu yang perlu ditangani dengan baik bagi mewujudkan suasan kehidupan lebih harmoni kepada generasi yang akan datang.
"Kempen sahaja tidak mencukupi jika masyarakat tidak tampil membantu merealisaikan hasrat berkenaan dan apa yang kita harapkan kempen ini dapat dilakukan berterusan bagi membuka minda dan mata rakyat bagi impak positif melalui kitar semula", katanya.

SUMBER : KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN.
Comments
Post a Comment